Dropship FAQs

Umum

Gritz Dropship adalah program perkongsian di mana anda boleh menjana sebanyak mungkin G-Points dengan hanya berkongsi laman web kami.

Anda hanya perlu berkongsi mana-mana URL laman web kami setelah anda log masuk (logged in) kepada rakan-rakan anda menerusi Facebook, IG atau Whatsapp. Anda akan otomatik dapat G-Points sekiranya seseorang membeli sesuatu dari kami dalam tempoh 180 hari setelah mereka mengklik URL yang anda kongsikan.

Secara ringkasnya:

  1. Anda daftar sebagai Dropship dan tunggu kelulusan dari kami.
  2. Setelah kami luluskan, anda log masuk sebagai Dropship.
  3. Kongsikan mana-mana URL laman web gritz.my dengan mengklik butang Facebook atau WhatsApp.
  4. Anda akan dapat komisen di mana anda boleh tukarkannya menjadi G-Points untuk dapatkan diskaun semasa anda membeli produk yang berikutnya.

Jika tidak, kami akan buat pembayaran secara tunai kepada anda melalui akaun bank.

  1. Anda tidak perlukan modal untuk mulakan perniagaan.
  2. Anda tidak perlu menyimpan stok / produk.
  3. Anda tidak perlu mengatur penghantaran. Kami akan lakukan penghantaran kepada anda/pelanggan anda.
  4. Anda tidak perlu buat iklan pemasaran. Kami akan lakukan untuk anda.
  5. Anda tidak perlu lakukan perkhidmatan pelanggan.
  6. Sangat mudah, anda hanya perlu berkongsi!
  • Level 1: 15%
  • Level 2: 5%
  • Level 3: 3%
  • Level 4: 3%
  • Level 5: 2%
  • Level 6: 2%

Sebagai contoh:

  1. Anda sertai kami sebagai Dropship dan anda kongsi URL anda kepada rakan-rakan anda.
  2. Dalam tempoh 180 hari, rakan anda, Farah telah membeli sebotol 7 Wonders dari Gritz setelah mengklik URL anda. Secara otomatik, anda akan peroleh 15% G-Points. (RM169 x 15% = 25 G-Points)
  3. Sekiranya Farah sertai Gritz Dropship pula, dia akan berada di bawah anda.

Sekiranya dia berkongsi URL dia kepada rakannya, Suria, dan Suria pula membeli dengan mengklik link pauntan dropship Farah, anda juga akan mendapat 5% G-Points. (RM169 x 5% = 8 G-Points). Begitulah seterusnya sehingga 6 level.

Kami hanya benarkan pelanggan Gritz untuk sertai Gritz Dropship ini. Ini kerana, kami berpendapat bahawa jika anda secara peribadi telah mendapat manafaat serta kesan positif dan telah berubah dengan Gritz Essential Oils, sudah tentu anda akan kongsikan pengalaman anda sendiri dan transformasi luar biasa yang telah anda lalui kepada rakan anda dengan hati yang ikhlas.

  1. Klik butang “Daftar Sekarang!”.
  2. Isi boring pendaftaran.
  3. Team kami akan hubungi anda untuk ditemuduga.
  4. Anda akan menerima maklumbalas melalui e-mel sama ada anda berjaya atau sebaliknya.

Tentang Gritz Dropship

  1. Log masuk ke akaun dropship anda di Halaman “My Dropship”.Dropship Login
  2. Pergi ke mana-mana halaman. Cth: Laman utama, mana-mana blog atau halaman produk.
  3. Klik butang Facebook untuk berkongsi di Facebook atau butang WhatsApp untuk WhatsApp kepada rakan anda, pautan anda kepada mereka.
  4. Apabila dalam masa 180 hari, mereka mengklik pautan anda dan membeli, secara otomatik, anda dapat komisen.

Terdapat 2 cara untuk dapatkan downline:

  1. Mereka yang mengklik mana-mana URL Dropship anda. Mungkin mereka akan membeli atau pun tidak. Akan tetapi, sekiranya dalam tempoh 180 hari, mereka berminat untuk sertai Gritz Dropship dan diterima oleh team kami, secara otomatik, dia akan berada di bawah anda.
  2. Anda juga boleh menjemput rakan-rakan anda melalui Dropship Page untuk sertai kami. Tetapi pastikan anda masuk ke akaun URL Dropship anda.

Note: Catatan: Sekiranya anda yang memperkenalkan kepada rakan anda untuk sertai Gritz Dropship. Tetapi, anda dapat tahu bahawa rakan anda tidak berada di bawah anda, anda perlu memaklumkan kepada kami secara e-mel di dropship@gritz.my dengan maklumat berikut.

  • Username (Rakan anda)
  • E-mel (Rakan anda)
  • E-mel (Anda)
  1. Pergi ke tab “Rujukan” di Halaman “My Dropship”.
  2. Klik “Convert all unpaid commissions to loyalty points – click here” jika anda ingin menukar semua komisen menjadi G-Points.
  3. Klik “Convert to Points” jika anda hanya mahu menukar satu atau beberapa komisen sahaja menjadi G-Points dan bukannya semua.Dropship Convert Reward Points
  4. Lawati “G-Points” di “My Account”. Anda akan melihat G-Points anda telah ditukar dengan mesej “Converted affiliate commission”.Gritz Dropship G-Points converted
  5. Lakukan pembelian dan klik “Apply Discount” ketika anda membuat pembayaran.Gritz G-Points Discount

Sekiranya anda tidak menukarnya menjadi G-Points seperti di atas. Ia akan dibayar secara automatik sebagai wang tunai sebelum 7hb bulan berikutnya. Catatan: Bayaran minimum adalah RM20. Ini bermaksud anda mesti mengumpul jumlah RM20 komisen untuk dibayar.

Bagaimanakan cara menggunakan "My Dropship"?

  1. Klik “My Dropship” di bahagian atas halaman.
  2. Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda.Dropship Login

Gritz Dropship URLs tab

  1. Ini adalah nombor ID dropship anda.
  2. Ini adalah URL dropship anda untuk anda kongsi bagi mendapatkan komisen. Anda akan lihat bahawa semua URL dropship anda yang anda kongsi ada dalam bentuk ini. https://gritz.my/xxxxx/dropship/IDno/
  3. Ini adalah kaedah manual untuk menyalin mana-mana URL di laman web dan menukarnya menjadi URL dropship anda.

Gritz Dropship Referrals tab

  1. Di paparan inilah anda boleh tukar ke G-Points sebagai pertukaran atau untuk dapatkan diskaun bagi produk berikutnya.
  2. Disini menunjukkan bahawa komisen dari downline anda dari level yang mana.
  3. Disini menunjukkan berapa komisen dari setiap penjualan
  4. Disini menunjukkan sama ada komisen telah dibayar atau belum dibayar lagi.
  5. Disini menunjukkan tarikh komisen tersebut diperoleh.

Gritz Dropship Earnings Tab

  1. Jadual ini menunjukkan kepada anda komisen% yang akan anda perolehi dari setiap level yang berbeza.
  2. Disini menunjukkan jumlah pendapatan yang telah anda buat sama ada tidak dibayar atau dibayar (termasuk yang ditukar menjadi G-Points).

Gritz Dropship Network Tab

Network tab menunjukkan kepada anda maklumat mengenai rangkaian atau downline anda:

  • Berapa banyak downline yang anda ada di setiap level.
  • Berapa jumlah pendapatan downline anda sama ada telah dibayar atau tidak dibayar.

Gritz Dropship Payouts Tab

Tab ini menunjukkan kepada anda Tarikh dan Amaun yang telah kami bayar dan pindahkan ke Bank yang telah anda berikan kepada kami.

Are You Having Such Problems?

If yes, please click on the problems you having and find out how you can solve.

Need Help? Chat with us!