Table of Contents

8 Cara Guna Minyak Pati Dengan Berkesan

Minyak pati merupakan sejenis minyak, yakni cecair hidrofobik pekat yang diperolehi daripada sebatian-sebatian kimia tumbuhan.

Perkataan ‘pati’ dalam frasa ‘minyak pati’ merujuk kepada ‘pati’ bau-bauan sesebuah tumbuhan.

Minyak pati biasanya dihasilkan melalui proses penyulingan, terutamanya kaedah penyulingan stim.

Minyak ini biasanya digunakan dalam minyak wangi, kosmetik serta perisa makanan. Selain itu, minyak pati juga biasanya digunakan dalam aromaterapi, sejenis perubatan alternatif di mana kesan-kesan pemulihan tertakluk kepada sebatian-sebatian aromatik. Walau bagaimanapun, penggunaan minyak pati yang tidak betul boleh menyebabkan kesan alahan serta kegatalan dan membahayakan diri.

Bagi mengelakkan perkara seumpama itu, ianya perlu digunakan dengan cara yang betul. Terpulang kepada kita untuk tentukan kaedah atau aplikasi yang paling sesuai dan selesa untuk tubuh kita. 

Samada secara urutan, pemeruapan, hiduan atau penyedutan, rendaman atau mandian, tuaman, olesan atau sapuan terus ke atas kulit dan juga secara dalaman tubuh seperti menelan dan berkumur.

Berikut adalah cara-cara penggunaan minyak pati sebagai panduan agar kita dapat manafaat semaksimum mungkin kepada kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan diri.

Cara Guna Minyak Pati Secara Urutan

Cara Guna Minyak Pati Secara Urutan

Dikenali sebagai ‘English model’. Cara guna minyak pati secara urutan adalah kaedah terbaik dan berkesan untuk aplikasikan adunan minyak pati. Urutan yang menggunakan minyak pati biasanya dipanggil urutan aromaterapi di mana teknik urutan perlu dilakukan secara lembut dan santai. Di mana minyak yang telah diadun bersama minyak pelarut akan menyerap ke dalam tubuh melalui liang-liang roma. 

Antara manafaat dari urutan adalah ia dapat beri efek relaksasi, melegakan keletihan mental dan fizikal, ketegangan otot, meningkatkan penghadaman, singkirkan toksin, perbaiki fungsi setiap organ dalaman, tingkatkan peredaran darah ke otot, menyingkir sel kulit mati dan banyak lagi.

Cara Guna Minyak Pati Secara Hiduan / Penyedutan

Cara Guna Minyak Pati Secara Hiduan

Juga dikenali sebagai ‘German model’.

Apabila kita bernafas melalui hidung atau mulut, molekul-molekul minyak pati di udara yang kita sedut akan berinteraksi dengan mentol pencium dan seterusnya di bawa ke otak. Ia juga akan masuk ke dalam paru-paru lalu berinteraksi dengan semua sistem tubuh.

Cara guna minyak pati secara hiduan atau penyedutan baik untuk rawat ketegangan saraf, tekanan, keletihan mental, sakit kepala, masalah pernafasan seperti lelah, selsema, sakit tekak, sinusitis, hidung tersumbat dan juga batuk.

Terdapat dua cara hiduan / penyedutan iaitu:

Penyedutan Terus

Salah satu kaedah penyedutan yang paling mudah, dengan menghidu terus dari botol, tisu, sapu tangan atau ‘cotton ball’ yang telah dititikkan dengan minyak pati dan dihidu untuk beberapa ketika.

Kaedah ini sangat berkesan untuk legakan hidung tersumbat (guna minyak pati Eucalyptus dan Peppermint), menghentikan ‘serangan panik’ (guna minyak pati Lavender) atau ‘morning sickness’ bagi ibu hamil.

Penyedutan Wap

Titikkan 5-10 titis minyak pati ke dalam mangkuk yang berisi air panas. Letakkan tuala di atas kepala dan selubung kepala (lihat gambar) dengan menghadap mangkuk yang berisi air panas tersebut dan sedut wap selama beberapa minit. Mata perlu dipejamkan semasa penyedutan.

Penyedutan wap adalah cara tradisional yang kerap dilakukan di rumah bagi mengurangkan kesesakan dalam ruang pernafasan yang disebabkan oleh selsema, batuk dan jangkitan pada bronkial. Minyak pati yang sering digunakan untuk membantu dengan masalah ini adalah Peppermint atau Eucalyptus.

Cara Guna Minyak Pati Secara Peruwapan Udara

Cara Guna Minyak Pati Secara Peruwapan Udara

Cara guna minyak pati yang paling popular masa kini adalah pemeruwapan elektrik atau lebih dikenali sebagai diffuser.  

Melalui kaedah ini, partikel-partikel halus minyak pati akan dilepaskan ke udara supaya manafaat terapi aroma dapat dinikmati dalam ruang yang ada bukan sahaja seorang individu malah bersama beberapa individu lain.

Kita perlukan 4-10 titik minyak pati. Tetapi bergantung kepada kapasiti diffuser, intensiti bau minyak pati yang digunakan (biarkan hidung menjadi panduan anda) dan juga keluasan saiz bilik.

Kebanyakan diffuser digunakan untuk menyingkir bau busuk di premis bahkan digunakan juga untuk menghalau serangga seperti nyamuk.

Tetapi sebenarnya terdapat beberapa kebaikan lain yang ramai orang kurang tahu, antaranya ialah:

Mengurangkan tekanan perasaan dan kegelisahan

Hampir semua orang pernah mengalami tekanan perasaan dan rasa gelisah.

Bukan itu sahaja, orang yang sering rasa tertekan dan gelisah juga berhadapan dengan sakit fizikal, seperti sakit perut, otot tegang, dan selera makan yang berubah.

Dalam jangka masa panjang, ia boleh menyebabkan sakit mental yang serius, sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Diffuser minyak pati adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan tekanan dan kegelisahan. Minyak pati mempunyai kesan langsung pada bahagian otak yang mengawal kegelisahan dan tekanan, dan pendedahan terhadap minyak pati ni boleh mengurangkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang membolehkan seseorang bertenang.

Minyak pati yang boleh digunakan adalah seperti Lavender, Rose, Geranium, Clary Sage.

Meningkatkan memori dan tumpuan

Menurut sebuah kajian tahun 2017 oleh Northumbria University, pelajar yang berada dalam bilik dengan diffuser minyak pati memperoleh hasil 5% hingga 7% lebih baik bagi ujian memori berbanding dengan pelajar yang tidak terdedah dengan aroma minyak pati.

Minyak pati untuk tingkatkan memori dan tumpuan adalah seperti Basil dan Rosemary.

Meningkatkan kesihatan pernafasan

Selain membersihkan udara dalam bilik, diffuser juga boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan pernafasan. Diffuser dengan minyak pati jenis antibakteria, antispasmodik, dan ekspektoran seperti Peppermint, Eucalyptus, Lavender berfungsi mengurangkan, menyembuhkan dan melindungi daripada masalah pernafasan.

Meningkatkan sistem ketahanan badan

Selain pemakanan yang sihat dan seimbang serta gaya hidup yang aktif, penggunaan diffuser mampu meningkatkan lagi sistem ketahanan badan. Diffuser minyak pati membantu dalam menyokong sistem ketahanan badan dengan kurangkan tekanan, tenangkan sistem saraf, tingkatkan imuniti dan kuatkan sistem pernafasan.

Meningkatkan kualiti tidur

Kurang tidur boleh memberi kesan negatif kepada kita dari segi mental, fizikal dan emosi. Orang dewasa disarankan untuk mendapatkan tidur yang mencukupi selama 7 hingga 9 jam. Banyak faedah kepada kesihatan yang akan kita perolehi jika mendapat tidur yang cukup.

Terdapat banyak diffuser minyak pati yang terapeutik seperti Lavender, Jasmine untuk membantu tidur yang nyenyak dengan bau-bauan bunga yang boleh merehatkan minda, sekaligus membuatkan diri lebih tenang dan menggalakkan rasa mengantuk.

Cara Guna Minyak Pati Secara Rendaman / Mandian

Cara-Guna-Minyak-Pati-Secara-Mandian

Cara guna minyak pati lain adalah secara menitikkan minyak pati ke dalam rendaman/mandian. Salah satu kaedah lain yang sangat berkesan kerana minyak pati boleh bertindak di dalam 2 cara:

  • penyerapan ke dalam kulit dan
  • melalui penyedutan. Kaedah mandian ini solusi terbaik terhadap mereka yang tidak boleh diurut.

Mandian dengan minyak pati juga adalah kaedah yang paling selamat jika mengikut cara yang betul.

Adalah disyorkan agar minyak pati dibancuh terlebih dahulu bersama minyak pelarut atau susu penuh krim kerana minyak pelarut juga mempunyai kesan emolien kepada kulit.

Disarankan untuk gunakan air suam untuk mandian kerana ia akan bantu minyak pati diserap melalui kulit dan dalam masa yang sama, ia akan memberi manfaat sama seperti kaedah hiduan.

Garam mandian boleh juga dicampurkan kedalam air mandian bersama minyak pati bagi tujuan detoksifikasi. Terutamanya jika dicampur minyak pati seperti Grapefruit, Juniperberry atau Geranium.

Mandian secara rendaman

Untuk kaedah ini, pesakit perlu berendam di dalam tab mandian yang berisi air pada suhu 32°C hingga 35°C yang telah dicampur bersama minyak pati.

Kaedah ini bantu untuk rawat masalah peredaran darah, sembab, sakit kepala, insomnia, masalah haid, gangguan otot dan ketegangan saraf.

Namun, berhati-hati bila gunakan minyak pati dari jenis rempah seperti Clove dan Cinnamon kerana minyak-minyak pati tersebut mudah merengsa kulit terutama kulit sensitif.

Rendaman kaki/tangan

Rendaman kaki tangan

Dalam kaedah ini, kaki atau tangan akan direndam hingga ke paras pergelangan kaki atau tangan. Bersama dengan air suam selama 15 minit, kemudian balut dengan tuala kering. Cara ini berkesan untuk masalah seperti artritis, edema, melancarkan peredaran darah dan juga masalah kulit.

Mandian “Sitzbath” dan Bidet

Sitzbath dikenali sebagai ‘mandi punggung’.

Untuk kaedah ini, pesakit akan duduk berendam dalam bekas yang berisi air yang telah dititis 4-6 titik minyak pati (samada air sejuk atau air suam) yang melepasi punggung selama 10-20 minit. Kaedah ini sangat efektif untuk bantu buasir, jangkitan pundi kencing, masalah pada reproduksi, jahitan pada vagina selepas bersalin dan sebagainya.

Cara Guna Minyak Pati Secara Tuaman / Kompress

Cara guna minyak pati secara tuaman biasanya disyorkan apabila tempat yang mengalami kesakitan atau keadaan sangat menyakitkan untuk diurut seperti bengkak.

‘Tuaman suam panas’ digunakan untuk kurangkan sakit seperti bisul atau senggugut.  ‘Tuaman sejuk’ pula digunakan untuk legakan keletihan akibat tekanan stress, demam panas termasuk kurangkan sakit akut dan sebagai bantuan kecemasan seperti terseliuh.

Tuaman dilakukan dengan meletakkan kain yang sudah dibasahi air yang dicampurkan dengan minyak pati ke bahagian tubuh yang sakit.

Selang selikan tuaman panas dan tuaman sejuk boleh bantu percepatkan penyembuhan seperti ketegangan otot, ligamen luka, terseliuh dan juga lebam. Pada kebiasaan bagi larutan tuaman, hanya 4-5 titik minyak pati diperlukan untuk 200 ml air.

Cara Guna Minyak Pati Secara Olesan / Sapuan terus ke kulit

Cara Guna Minyak Pati Secara Sapuan

Minyak pati tidak boleh diguna terus ke kulit tanpa diadun dengan minyak asas terlebih dahulu.  Terdapat minyak pati boleh rengsakan kulit jika dititik terus kepada kulit. Minyak pati seperti Lavender, Eucalyptus, Tea Tree, Geranium, Peppermint atau Lemon boleh disapukan terus ke atas kulit. Lavender sangat terkenal untuk merawat lecur, luka dan gigitan serangga. Tea Tree untuk kudis mulut dan Lemon untuk ketuat.

Cara Guna Minyak Pati Secara Menelan / Oral

Juga dikenali sebagai ‘French model’. Dilarang mengambil minyak pati secara oral tanpa nasihat dari Aromaterapis Bertauliah kerana ia mampu rosakkan lapisan mukus atau merengsakan perut dan juga boleh menjadi toksik.

Cara Guna Minyak Pati Secara Berkumur

Cara guna minyak pati secara berkumur seperti Sandalwood atau Lemon baik untuk sakit tekak dan radang peti suara (laryngitis). Minyak pati yang dititik di dalam air seperti Spearmint, Lavender, Peppermint, Coriander dan Sweet Fennel akan memberi kesegaran nafas dan membunuh bakteria secara semulajadi. Kaedah yang paling mudah untuk dijadikan ‘kumuran’ dengan menambah setitik minyak pati ke dalam segelas kecil air suam yang mengandungi dua sudu teh cuka epal.

Mengapa cuka epal? Kerana minyak pati larut dengan baik di dalam cuka daripada di dalam air. Cuka epal juga mempunyai ciri-ciri terapeutik yang tersendiri.

Ringkasan

Minyak pati adalah ekstrak cecair tumbuhan yang bermanfaat kepada manusia. Ia telah digunakan secara meluas untuk membantu dalam pelbagai keadaan dan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa minyak pati dapat membantu melegakan gejala dalam beberapa kes.

Minyak pati pada amnya selamat apabila digunakan dengan cara yang betul. Oleh itu, sentiasa larutkan minyak pati dengan minyak pelarut terlebih dahulu sebelum disapu ke atas kulit dan di larang sekali-kali menelannya.

Kunci kejayaan dari penggunaan minyak pati ialah menggunakan minyak terapeutik tulen berbanding kandungan dan wangian sintetik. Apa sahaja kaedah yang digunakan, pastikan dos dan kualiti minyak pati yang digunakan bagi mendapatkan semaksimum mungkin keberkesanan kepada diri kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

More Articles

Are You Having Such Problems?

If yes, please click on the problems you having and find out how you can solve.

FREE Ebook (Value RM49): How Essential Oil Can Change Your Life

How Essential Oil Can Change Your Life Ebook Page

In this free E-book you will learn:

  • What is essential oil?
  • How essential oil is made?
  • What is therapeutic grade essential oil?
  • 7 ways how essential oil can change your life

Subscribe and get it now for FREE!

Need Help? Chat with us!