Polisi Pemulangan & Pengembalian Wang

Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan percubaan pertama anda, sila hubungi team khidmat pelanggan kami yang ramah dalam masa 45 hari di hello@gritz.my . Kami akan jalankan proses pengesahan untuk pembayaran balik. Setelah pengembalian wang di buat, semua G-Points yang berkaitan dengan transaksi pembelian akan dipadamkan.

Nota penting:

  • Permohonan untuk pengembalian mesti dibuat dalam masa 45 hari bekerja dari tarikh pesanan diterima. Setelah permintaan anda diproses, kami akan maklumkan anda menerusi Whatssap.
  • Produk haruslah dikembalikan ke Gritz dalam masa 7 hari bekerja setelah Gritz meluluskan permohonan anda.
  • Produk yang dikembalikan HARUS dalam keadaan baik seperti pembelian asal di mana pembungkusan tidak dibuka, tidak digunakan, tidak ditandai, dan tidak cacat dengan cara apa sekali pun.
  • Sebarang kos penghantaran yang berkaitan untuk pengembalian produk TIDAK akan ditanggung oleh Gritz.
  • Pelanggan yang perlu bertanggungjawab atas segala risiko dan keadaan produk yang dikembalikan sehingga ia sampai kepada kami. Gritz tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan atau kehilangan produk sebelum Gritz menerimanya.
  • Pelanggan disarankan untuk memastikan produk yang dikembalikan harus dalam keadaan selamat untuk mengelakkan kerosakan pada barang, kotak penghantaran, atau bungkusan asalnya.
  • Untuk bayaran balik, anda akan dikreditkan dengan nilaian penuh produk, tidak termasuk kos penghantaran dan kupon atau G-Points yang telah digunakan.
  • Sebarang produk yang dikembalikan tanpa persetujuan Gritz tidak akan diterima, digantikan atau dikembalikan semula kepada pengirim.

Bagaimana untuk pulangkan produk?

Hantarkan emel kepada kami di hello@gritz.my dengan maklumat di bawah. Team Khidmat Pelanggan kami yang ramah akan membimbing anda lakukan Langkah-langkah mudah seperti berikut:

  • Order ID:
  • Produk yang ingin dikembalikan:
  • Sebab untuk pengembalian:

Setelah anda menghantar permohonan anda, pihak kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam.

Are You Having Such Problems?

If yes, please click on the problems you having and find out how you can solve.

Need Help? Chat with us!