Kesihatan WanitaNasal StickMinyak Pati TunggalMinyak CampuranUrut & MandianDiffuser & Aksesori
Choose To Shine

Ketenangan bermula dengan satu nafas.

Minyak pati, nasal stick dan produk kesejahteraan wanita. Setiap adunan dirumus sendiri oleh pengasas kami, Bonda Rita Omar, Aromaterapis Bertauliah IFA (UK) dan Menopause Coach (CMA, USA).

Terokai koleksi

Cari yang sesuai dengan anda

Enam koleksi, setiap satunya untuk rutin yang berbeza.

Tiga produk utama kami

Untuk kesihatan wanita, untuk anda yang ingin mengurangkan rokok, dan untuk rutin wangi setiap hari.

RePause Balance
Kesihatan Wanita

RePause Balance

Tablet kunyah berperisa mixberry untuk wanita 35 tahun ke atas. Membantu anda melalui perubahan hormon dengan lebih selesa dan yakin.

Dari RM89 RM129Beli di Shop
EASE Nasal Stick
Nasal stick

EASE Nasal Stick

Untuk anda yang ingin mengurangkan tabiat merokok. Membantu mengalihkan perhatian daripada keinginan itu, supaya anda rasa lebih segar dan tenang.

Dari RM79.90 RM89.90Beli di Shop
7 Wonders
Minyak pati bunga

7 Wonders

Adunan minyak pati tujuh jenis bunga. Wangian lembut untuk rutin tenang setiap hari.

Dari RM129Beli di Shop

Kesihatan Wanita

Teman untuk wanita yang sedang melalui perubahan selepas usia 35.

Nasal Stick

Dihidu, bukan dimakan. Ringkas, dan muat di dalam poket.

Tentang Gritz

Bermula daripada minat mendalam seorang aromaterapis.

Gritz diasaskan pada 2011 di Selangor dengan nama Ritz Herbs oleh Bonda Rita Omar, Aromaterapis Bertauliah IFA (UK) dan Menopause Coach (CMA, USA), dan bertukar nama kepada Gritz pada 2018. Bermula sebagai pusat rawatan aromaterapi holistik, kami kini menghasilkan produk aromaterapi dan produk kesihatan wanita sendiri, serta menjalankan program latihan.

Bonda sendiri telah melalui fasa perimenopaus dan menopaus. Pengalaman menghadapi perubahan tubuh tanpa persediaan yang cukup mendorong beliau mendalami bidang ini sehingga menjadi Menopause Coach (CMA, USA). Sebab itulah kesihatan wanita menjadi fokus utama kami hari ini.

Pendekatan kami holistik: menjaga tubuh, emosi dan rutin harian secara menyeluruh, melalui kaedah alternatif yang berasaskan bahan semula jadi. Setiap adunan dirumus sendiri oleh beliau.

Bonda Rita OmarPengasas · Aromaterapis Bertauliah IFA (UK) · Menopause Coach (CMA, USA) · Jurulatih Kompeten JPK

Minyak Pati Tunggal

Satu tumbuhan, satu aroma. Setiap botol 10ml.

Minyak Campuran

Adunan khas pengasas kami, setiap satu untuk rutin yang tersendiri.

Urut & Mandian

Untuk urutan harian dan waktu mandi yang lebih menenangkan.

Diffuser & Aksesori

Pelengkap rutin aromaterapi di rumah anda.

eBook Panduan Asas Menopaus Untuk Wanita
Produk digital

Panduan Asas Menopaus Untuk Wanita

eBook tulisan Bonda Rita Omar, Aromaterapis Bertauliah IFA (UK) dan Menopause Coach (CMA, USA). Kenali perubahan tubuh, urus simptom dan lalui fasa ini dengan lebih yakin.

RM39 RM129

eBook PDF, 49 halaman. Tiada penghantaran pos: pautan muat turun dihantar ke e-mel anda selepas bayaran disahkan.

Beli eBook
Pencapaian

Jenama Malaysia yang melangkah ke pentas antarabangsa.

Bermula di Selangor pada 2011, kini Gritz dikenali hingga ke luar negara.

2011Tahun Gritz diasaskan
6Anugerah dan pengiktirafan
90,000+Unit terjual, 2022 hingga 2025
5Negara yang pernah kami jejaki
100 Wanita Inspirasi Nasional 2026
2026

100 Wanita Inspirasi Nasional

Penerima: Bonda Rita Omar

Anjuran IKSnita, Kuala Lumpur

Baca cerita
SAY ASPIRE Edisi Keenam 2025
2025

SAY ASPIRE Edisi Keenam

Tempat Kedua, Final Pitch

Program eksport Selangor Youth Community

Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2024
2024

Anugerah Inovasi Negeri Selangor

Naib Johan

Projek: EASE Nasal Stick

SUPERB TERAJU 2021
2021

SUPERB TERAJU

Pemenang

Projek: EASE Nasal Stick

Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards 2023
2023

Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards

Finalis

Projek: laman gritz.my

Gritz di MATRADE New YorkGritz di Kedutaan Besar MalaysiaGerai Gritz di Singapura
Di pentas antarabangsa

Dari Bangi ke New York.

Amerika Syarikat
Lawatan pasaran ke Amerika Syarikat, termasuk pertemuan di MATRADE New York dan Kedutaan Besar Malaysia.
MIHAS, Kuala Lumpur
Dua kali menyertai Malaysia International Halal Showcase, pameran halal antarabangsa.
Singapura
Membuka gerai di pameran dagangan dan bertemu pelanggan secara terus.
Vietnam
Lawatan tapak dan rundingan pengedaran bersama rakan niaga di Vietnam.
United Kingdom dan Brunei
EASE Nasal Stick dan produk Gritz yang lain sudah dijual di United Kingdom melalui gritzuk.com, dan juga di Brunei.
Pernah diketengahkan dalam

Berita Harian, Harian Metro, TV AlHijrah, Pa&Ma dan Nona.

Pengiktirafan lain

Top 10 SAY ASPIRE Edisi Keenam 2025. Finalis Top 10 SIDEC Retail X 2025.

Kualiti dan penyelidikan

Ujian makmal di INBIOSIS, UKM. Kerjasama penyelidikan klinikal bersama USM dan Pusat Racun Negara.

Agensi dan program

MATRADE, TERAJU, SIDEC, Selangor Youth Community dan SME Corp Malaysia.

Saluran jualan

Lebih 260 farmasi di seluruh Malaysia, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan gritz.my.

Pensijilan

Aromaterapis bertauliah International Federation of Aromatherapists (UK). Tanda dagang Gritz berdaftar.

Antara farmasi yang menjual produk Gritz

Health Lane Family Pharmacy, Pillbox Pharmacy, Alpro Pharmacy, Farmasi Al Arif, Farmasi Nuhara, Farmasi An-Nisa, Glory Pharmacy, MyLife Healthcare, Farmasi Falah, Farmasi Materia Medica dan Olive9 Pharmacy.

Kepimpinan

Dua generasi di sebalik Gritz.

Diasaskan oleh Bonda Rita Omar, kini diterajui bersama Nur Fatehah Basran.

Bonda Rita Omar
Pengasas

Bonda Rita Omar

Aromaterapis Bertauliah IFA (UK) · Menopause Coach (CMA, USA) · Jurulatih Kompeten JPK

Mengasaskan Gritz pada 2011 dan merumus sendiri setiap adunan. Beliau membimbing wanita yang sedang melalui fasa menopaus, berdasarkan pengalaman sendiri.

  • 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026
  • Penulis buku Panduan Praktikal Aromaterapi Holistik Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
  • Penulis eBook Panduan Asas Menopaus Untuk Wanita
  • Pengajar kelas dan bengkel aromaterapi serta menopaus di Akademi Gritz
Nur Fatehah Basran
Pengasas Bersama

Nur Fatehah Basran

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) · Aromaterapis SKM Tahap 3

Menerajui Gritz sejak 2022. Beliau sendiri yang membawa Gritz ke pentas pertandingan. Pegangan beliau: Just Keep Going.

  • Tempat Kedua, SAY ASPIRE Edisi Keenam 2025
  • Finalis Top 10, SIDEC Retail X 2025
  • Naib Johan, Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2024
  • Finalis, Malaysia Top E-Commerce Merchant Awards 2023
  • Pemenang, SUPERB TERAJU 2021
Bonda Rita Omar dan Nur Fatehah Basran
Pengasas dan Pengasas Bersama

Satu malam, dua generasi.

Bonda Rita Omar bersama Nur Fatehah Basran pada malam Bonda menerima anugerah 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026 di Kuala Lumpur.

Baca cerita anugerah ini

Masuk ke akaun anda

Untuk pelanggan dan ambassador Gritz.

Ambassador

Kongsi Gritz, bina pendapatan sendiri.

Satu app untuk pesanan, pelanggan dan komisen, lengkap dengan bahan jualan dan latihan daripada HQ.

Sertai sebagai ambassador
App VIP

Selepas membeli, semuanya ada dalam satu app.

Katalog produk, Journey RePause mengikut fasa botol, dan eBook panduan percuma.

App VIP