Gritz Sdn Bhd

Polisi Refund & Pemulangan

Berkuat kuasa: 19 November 2026

Polisi ini terpakai untuk semua pembelian terus daripada Gritz melalui gritz.my dan Shop Gritz. Pembelian melalui Shopee, TikTok Shop atau ambassador ikut polisi saluran tersebut.

1. Ringkasan

KeadaanApa yang anda dapatKos pos pulangan
Barang rosak, bocor atau pecah semasa penghantaranGanti baharu atau refund penuhDitanggung Gritz
Salah barang atau barang tidak cukupBarang yang betul dihantar, atau refundDitanggung Gritz
Tukar fikiran, barang belum dibuka dan segel masih utuhRefund harga barangDitanggung pelanggan
Barang sudah dibuka atau digunakanTidak boleh dipulangkanTidak berkenaan
Produk digital (eBook), jika anda tidak berpuas hatiRefund penuh dalam masa 7 hari dari tarikh pembelianTidak berkenaan

2. Tempoh membuat tuntutan

Hubungi kami dalam masa 7 hari dari tarikh anda terima barang. Tuntutan selepas tempoh ini tidak dapat diproses.

3. Barang rosak, salah atau tidak cukup

Hantar kepada kami nombor pesanan, gambar bungkusan dan gambar barang. Rakaman video semasa membuka bungkusan sangat membantu dan mempercepat proses. Selepas disahkan, kami hantar barang ganti atau pulangkan bayaran penuh, termasuk caj pos.

4. Tukar fikiran

Barang boleh dipulangkan jika belum dibuka, segel masih utuh dan dalam bungkusan asal. Kos pos pulangan ditanggung pelanggan. Caj pos asal tidak dipulangkan.

5. Barang yang tidak boleh dipulangkan

6. Jaminan produk tertentu

Produk digital (eBook): jaminan 7 hari. Jika anda tidak berpuas hati dengan eBook yang dibeli, hubungi kami melalui WhatsApp 019-559 3766 dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian untuk refund penuh. Tiada barang yang perlu dipulangkan.

Sesetengah tawaran datang dengan jaminan wang dikembalikan yang tersendiri. Terma jaminan itu tertera di halaman tawaran berkenaan dan terpakai untuk pembelian melalui halaman tersebut.

7. Cara memohon

  1. Hubungi kami melalui WhatsApp 019-559 3766 dengan nombor pesanan dan gambar.
  2. Kami semak dan balas dalam 2 hari bekerja.
  3. Jika barang perlu dipulangkan, kami beri alamat dan cara pemulangan.

8. Bila wang dipulangkan

Refund diproses dalam 7 hingga 14 hari bekerja selepas tuntutan diluluskan atau barang pulangan kami terima. Wang dipulangkan melalui kaedah bayaran asal, atau pindahan bank ke akaun atas nama pembeli.

9. Pembatalan pesanan

Pesanan boleh dibatalkan dengan refund penuh selagi belum dipos. Selepas dipos, ia tertakluk kepada syarat pemulangan di atas.