Polisi Penghantaran
Berkuat kuasa: 18 November 2026
Kawasan penghantaran
Kami menghantar ke seluruh Malaysia: Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Caj penghantaran
| Kawasan | Caj | Anggaran sampai |
|---|---|---|
| Semenanjung Malaysia | RM10 | 1 hingga 3 hari selepas dipos |
| Sabah dan Sarawak | RM15 | 3 hingga 7 hari selepas dipos |
Caj sebenar dipaparkan semasa pembayaran, sebelum anda membayar.
Tempoh proses
Pesanan yang sudah dibayar diproses dalam 1 hingga 3 hari bekerja. Pesanan pada hujung minggu dan cuti umum diproses pada hari bekerja berikutnya.
Produk digital
Produk digital seperti eBook tidak dihantar melalui pos. Pautan muat turun dihantar ke e-mel yang anda berikan semasa membuat pesanan, selepas bayaran disahkan. Tiada caj penghantaran dikenakan.
Jejak bungkusan
Nombor penjejakan dihantar kepada anda selepas bungkusan dipos.
Bungkusan lewat atau tidak sampai
Jika bungkusan belum sampai selepas 10 hari bekerja dari tarikh dipos, hubungi kami melalui WhatsApp 019-559 3766. Kami semak dengan syarikat kurier dan beri jalan penyelesaian.
Alamat tidak lengkap
Sila pastikan alamat dan nombor telefon betul. Bungkusan yang dipulangkan kerana alamat salah atau penerima gagal dihubungi akan dihantar semula dengan caj pos baharu.
