Gritz Sdn Bhd

Terma & Syarat

Berkuat kuasa: 18 November 2026

Laman gritz.my dikendalikan oleh GRITZ SDN. BHD. 202201004351 (1450048-T). Dengan menggunakan laman ini atau membeli daripada kami, anda bersetuju dengan terma di bawah.

1. Produk

Produk Gritz ialah produk aromaterapi, penjagaan diri dan makanan tambahan. Ia bukan ubat dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit. Jika anda hamil, menyusu, sedang mengambil ubat atau ada masalah kesihatan, dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakannya. Baca label setiap produk sebelum guna.

2. Harga dan bayaran

Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga boleh berubah tanpa notis, tetapi pesanan yang sudah dibayar tidak terjejas. Harga muktamad ialah harga yang tertera semasa pembayaran. Bayaran diproses oleh penyedia bayaran berlesen; kami tidak menyimpan butiran kad anda.

3. Pesanan

Pesanan disahkan selepas bayaran diterima. Kami berhak membatalkan pesanan dan memulangkan bayaran penuh jika stok habis atau ada kesilapan harga yang jelas.

4. Penghantaran dan pemulangan

Lihat Polisi Penghantaran dan Polisi Refund & Pemulangan.

5. Data peribadi

Maklumat anda diurus mengikut Notis Privasi kami dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

6. Hak cipta

Semua kandungan di laman ini, termasuk nama, logo, gambar dan tulisan, ialah hak milik Gritz Sdn Bhd dan tidak boleh digunakan tanpa kebenaran bertulis.

7. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

8. Hubungi kami

Sebarang pertanyaan, hubungi kami melalui WhatsApp 019-559 3766 atau lihat halaman Hubungi Kami.