Pencapaian

Bonda Rita Omar, penerima 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026

8 Ogos 2026 · Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur

Bonda Rita Omar bersama trofi dan sijil 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026
Bonda Rita Omar dan Nur Fatehah Basran

Pengasas Gritz, Bonda Rita Omar (Nor Ritawati binti Omar), dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026. Majlis penganugerahan berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Manhattan II Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, anjuran IKSnita (Persatuan Industri Kecil & Sederhana Wanita Bumiputra Sabah).

Beliau hadir bersama Nur Fatehah Basran, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Gritz.

Bagaimana penerima dipilih

Penerima dinilai oleh barisan panel berdasarkan portfolio dan beberapa kriteria utama:

Kerja di sebalik anugerah ini

Melalui Gritz, Bonda berkongsi kepakaran aromaterapi supaya lebih ramai orang dapat menjaga diri melalui kaedah alternatif yang berasaskan bahan semula jadi. Hasil formulasi beliau sendiri, EASE Nasal Stick telah membantu ribuan perokok dalam perjalanan mereka mengurangkan kebergantungan terhadap nikotin dan berhenti merokok.

Kini beliau menumpukan usaha kepada wanita: berkongsi ilmu, kesedaran dan sokongan tentang penjagaan hormon, emosi dan kesihatan diri, terutamanya bagi mereka yang sedang melalui fasa perimenopaus dan menopaus.

Pesanan Bonda

Ini pesanan beliau yang dipaparkan di pentas pada malam itu:

A healthy mind, balanced emotions and a nourished body are the pillars of a fulfilling life. Embrace your worth, unleash your true potential, and create the life that you deserve.
Pentas majlis 100 Wanita Inspirasi Nasional 2026 dengan nama Nor Ritawati binti Omar
Nama dan pesanan Bonda dipaparkan di pentas semasa penerima menerima anugerah.
Bonda Rita Omar bersama penerima lain
Bonda Rita Omar (dua dari kiri) bersama penerima lain, antaranya penyanyi dan pelakon Bella Astillah (tengah).

Lihat semua pencapaian Gritz